Friday, November 11, 2011

Disebalik "Pencarian Demi Pencarian"..


Assalamuailaikum,warahmatullahiwabarakatuh.


Sahabat sahabatku,rasa sudah lama tidak mengisi ruangan entri pada blog kali ini,walaupun blog “pencarian Demi Pencarian” tidak ramai yang mengikuti atau jumlah “followers”tidak memberangsangkan tetapi ia cukup untuk penulis menulis atau bahasa saintifiknya “menaip”segala luahan hati dan pandangan  kepada pembaca sekalian.

Kawan-kawan ..Walaupun adakalanya isi yang dihuraikan, dan pandangan yang diberikan  tidaklah memuaskan hati pembaca tapi percayalah tiap tiap ungkapan dan coretan ada kisahnya tersendiri, seperti kita semua yang adakalanya tenggelam timbul walaupun tidak di laut tetapi  berada di darat.

“Pencarian Demi Pencarian” bukanlah tajuk semata mata tanpa makna.bukan juga tajuk untuk menarik perhatian sesiapa tetapi ia adalah tajuk yang boleh di katakan sebagai  sumber inspirasi dan motivasi kepada saya sebagai pemilik blog.

Setiap orang mempunyai kisah tersendiri yang berbeza,tiada orang yang dilahirkan sama dari pelbagai aspek walapun mereka adalah kembar,pasti ada juga yang berbeza.seperti pemilik blog yang lain sepastinya blog yang dilakar bersama coretan adalah berbeza.begitu juga dengan blog “pencarian Demi Pencarian” ini, blog ini bukanlah sekadar untuk dibuat atau dicipta kerana ingin menandingi pemilik blog yang lain tetapi hanyalah sekadar luahan sahaja.
Kawan-kawan yang saya kasihi, adakala kita tidak boleh untuk meluahkan perasaan kepada sesiapa,adakala ia menjadi penting untuk kita meluahkan masalah kita kepada manusia dengan harapan kita dapat nasihat yang berguna.Blog “pencarian Demi Pencarian” bukanlah dibuat untuk melakarkan kisah hidup orang ramai pada masa kini.bukan juga untuk mengarang yang bukan bukan.tetapi ianya adalah blog yang pemilik cuba untuk mencari kepastian pada masa akan datang. Kepastian akan datang melalui pencarian dari kisah hidup yang dilalui untuk dijadikan pengajaran dan tauladan pada masa  hadapan.
Sahabat-sahabat
“we re not perfect” kamu semua mesti sudah tahu bahawa diatas bumi milik Allah swt tiada satu pun yang sempurna,,tapi kita sebagai insan dan hambaNya tak salah juga untuk menjadi lebih sempurna atau untuk menjadi yang terbaik.
Sebagai pemilik blog “Pencarian Demi Pencarian” tak sukar bagi saya untuk melakarkan kisah hidup untuk dikongsi bersama-sama anda,Malah ia menjadi perkara yang menyeronokkan  buat saya sendiri.alhamdullilah harapan saya agar anda semua terhibur dengan lakaran yang saya kongsikan,
(my discription ??. need Explaination?:)
Cuba memetik beberapa "gigabait" kesalahan daripada memori fikiran untuk di "analisis" dan di "update" kemudian dihantar semula kepada memori fikiran sebanyak mungkin untuk diaplikasi,mudah-mudahan pemindahan dari fail ke folder baru akan mengurangkan "virus" yang ada, dan meningkatkan lagi "performance" pada kotak "memori".
Kadang-kadang apa yang kita inginkan tak semestinya kita dapat.dan adakalanya sesuatu yang kita rasa kita tak mampu kecapi tiba-tiba kita dapat memilikinya sekelip mata.
Bersujud dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan :)
So, why saya tulis myheader blog macam tu :?? Dan saya bersyukur saya mendapat ilham untuk nama itu..
Another reason..
“Mencari berapa banyak kesilapan yang pernah dibuat melalui imbasan memori untuk dijadikan pengajaran pada kemudian hari dan mengumpul pengajaran itu untuk dijadikan pelindung diri Mudahan pengajaran yang cuba untuk dijadikan tauladan dapat membantu diri dari pelbagai sempadan seterusnya mampu untuk meningkatkan persembahan pada memori dan pencapaian diri.”
Makna disebalik “mytitle”... guys im not talking about the others,but im talking about mylife,sometimes life make me difficult to handle, but i had to.thats why i like to shared with all of you.hope u like it,, :)
*So apa pula saya nak jawab jika ada dalam kalangan anda yang bertanya...
why i like to put many picture in my blog??
1.‘ea poyo seyh dia ni,ingat lawa sangat ke letak gambar dalam blog tahulah blog kau tapi jangan la over sangat.meyampah aku ‘
2.“tolonglah tak malu kot dia ni letak gambar dalm blog ea tak takut ke?perasan lawa la dia ni.”
3.bajet seyh budak ni dahla hodoh”
4. Awat la hang pi tarok gambar hang banyak banyak tuih..
5.Perasan bagus kot budak ni..
6. Ea bencilah aku dengang dia ning gok..macang lawo.wekk.!
7.nok nulis bahase omputih tapi saloh.berat nananglah..
Huhuuhu ini adalah kemungkinan2 kata-kata yang bakal saya dapat atau pun dah dapat,haha.
Kawan-kawan saya ada sebab mengapa saya berbuat demikian.kadang-kadang tak semestinya mesej yang ingin kita sampaikan adalah berbentuk “slogan,kata-kata,nota,dan semuanya berbetuk tulisan sahaja. Mesej yang kita sampaikan melalui tulisan atau perkataan adakalanya membuatkan orang salah tafsir,salah faham,kurang faham dan sebagainya. Jadi tak salah saya melakarkan entri di blog bersama-sama gambar untuk menarik perhatian dan minat apatah lagi grafik yang boleh merangsang minat pembaca untuk terus membaca blog saya atau mungkin hanya sekadar lihat sahaja itu sudah memadai. saya bukan bercakap sebab untuk membela diri tetapi ini cara saya,mungkin cara anda berbeza.dan kenapa pula kadang-kadang saya suka mencampur adukkan bahasa melayu dan bahasa inggeris???ini jawapan saya..
Guys..macam saya cakap “nobody was perfect in the world”
But, tak salah untuk kita cuba untuk jadi yang terbaik ..saya bukanlah pandai bukan juga suka untuk buat pandai-pandai but “aku seadanya aku” saya tahu saya tak pandai tapi saya cuba untuk menjadi pandai..walaupun hanya mendapat pangkat B untuk bahasa inggeris,tapi saya cuba  memajukan diri untuk  menggunakan bahasa itu..
sahabat-sahabat, blog saya se”simple” saya..segala coretan,lakaran yang baik adalah sumber dan ilham yang Allah berikan..mana yang baik sudah pasti dariNya mana yang buruk tak lain dan tak bukan dari diri saya sendiri..walwahualam..”
graphicsgirlz.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Followers