Wednesday, October 12, 2011

Kata kata Nasihat-Sekadar Renungan

Assalamualaikum,wbt..
sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat aku melakarkan beberapa coretan yang berbentuk  nasihat ini.
Kawan-kawan sekalian, di dunia ini tiada yang terlebih dan terkurang waktu 
kita,Allah Swt tetap memberikan waktu yang sama iaitu :-

3600 saat per jam
86400 saat per hari
60 minit
24 jam sehari
7hari seminggu
365hari setahun

Kawan kawan,tiada yang lebih tiada yang kurang,semua sama adil dan bijaksana Allah swt berikan kepada kita semua,
Tetapi tidakkah kawan –kawan terfikir kenapa kita satu bangsa,satu bahasa,malah satu saudara pula kadang-kadang ada yang bertelingkah?salah faham?bergaduh sana sini,tak puas hati,hasad dengki.
Kawan-kawan sekalian,


*Jika ada antara kamu yang kaya Itu adalah rezeki yang diberikan oleh Allah swt untuk kamu gunakan sebaik mungkin.
*Jika Ada antara kamu yang miskin itu adalah rezeki yang di berikan oleh Allah swt kepada kamu,supaya sentiasa mensyukuri nikmat dariNya.
*Jika ada antara kamu yang cantik itu adalah anugerah yang diberikan oleh Allah swt Untuk kamu memanfaatkan kecantikkanmu dengan sebaik mungkin mengikut jalan Allah swt.
*Jika ada antara kamu yang tiada paras rupa yang menawan,itu adalah anugerah buat kamu, supaya tidak riak dengan kecantikan.
*Jika ada antara kamu yang mencela antara satu sama lain,ingatlah kerana kita sesungguhnya tidak sempurna.
*Jika ada antara kamu yang selalu menyakiti hati antara yang lain,elakkanlah supaya hidupmu mendapat ketenangan kelak.
*Jika ada antara kamu yang berbangga dengan kemewahan yang dimiliki.Ingatlah juga kerana itu adalah sementara sahaja.
*Jika ada yang selalu suka menyakiti dan membuatmu menangis sabarlah mungkin kerana Allah swt sedang mengujimu.

Kawan-kawan hidup ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita kecapi kebahagiaan.ada kalanya kita di atas bersorak tentang kemenangan,dan ada kalanya kita di bawah,yang menangis dan mengharapkan belas kasihan orang ramai.
Kawan-kawan betullah hidup ini ibarat roda yang berputar,yang sedang mencari arah untuk dituju,sedangkan kita pula sentiasa mengharapkan dan mendambakan kebahagiaan dunia yang sementara sahaja.

-Kawan-kawan memang betul mengumpat ada kalanya boleh membuatkan kita “puas hati”.
-kawan-kawan memang betul menyakiti hati orang yang pernah menyakiti hati kita kadang-kadang memberikan kita satu kejayaan yang hebat sebab kita mampu untuk membalas dendam.
-kawan – kawan betul juga kadangkala kita menjadi marah dan geram tentang 
perangai orang yang suka cakap perkara yang bukan-bukan pasal kita.
-Kita juga mungkin akan marah bila kita selalu dipersalahkan.
-kita juga mungkin terasa jika tiada orang menghiraukan kita.
-kita juga akan kecil hati kalau apa apa program orang tak jemput kita
-Dan adakalanya kita rasa tak diperlukan langsung..


Wahai kawan-kawan sila baca ini..
"adakalanya kita perlu menangis,agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA,
dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai airmata..
"Bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dia yang menabahkanmu.
Bersyukur pada orang yang tak mengendahkanmu kerana dia telah memupuk kamu untuk berdikari.Bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dia yang lah memperhebatkan kemampuanmu..bersyukurlah pada yang menyakitimu kerana dia telah menguji Kesabaran dan Ketabahanmu" -dipetik dr info fb-


*waktu yang Allah swt berikan bukanlah angka yang lebih,bukan juga kurang, apa salahnya kita sama-sama gunakan masa yang diberikan sebaik mungkin,janganlah terlalu hidup dalam keadaan yang suka jaga tepi kain orang,buat cerita yang bukan bukan.
"kawan kawan jangan jaga tepi kain orang nanti takut kain kita sendiri terlondeh"

kita bukanlah yang baik,dan sempurna tapi tak salah kalau kita cuba untuk menjadi yang terbaik.
kawan kawan pengalaman saya cukup banyak sekali dalam mengenali hati budi orang,dan kadang-kadang saya rasa saya dipermainkan juga,tapi saya endahkan perasaan itu,sebab.. 


"lebih baik kita tukarkan dari sudut negatif kepada positif".barulah dapat manfaatnya..

tak guna kita gaduh gaduh dengan orang di sekitar kita,sebab kita tak tahu mungkin suatu hari nanti dia yang kita benci akan menjadi orang yang kita sayang..
kawan-kawan gunakanlah pengalaman yang dilalui sebagai pengajaran pada masa akan datang,


"Buang yang Keruh,ambil yang jernih"baru teguh peribadi"
-P.Ramlee.-


sesungguhnya ajal maut,jodoh pertemuan,segalanya di tangan tuhan yang maha esa Allah swt, renung-renungkan..
tiada siapa dicipta dengan sempurna,setiap orang pasti ada melakukan kesilapan,dan kesilapan itulah yang akan mengajar erti sebuah kehidupan dan kematangan.
InsyaALLAH..(^_^)

No comments:

Post a Comment

Followers