Sunday, October 16, 2011

Terengganu Plis plis wait 4 me..ohyeah!!

Assalamuailaikum buat kawan kawan yang saya sayangi selalu,malam ni saya dah nak balik Terengganu tau..hope semuanya berjalan dengan lancar,sebenannya aku “nervous” campur takut takut jugak sebab ni first time aku naik bas malam hehe..ikutkan hati boleh je balik pagi esok  tapi mungkin hati dah xsabar nak balik hehe, korang doakan perjalanan kami ye,mudah mudahan berjalan dengan baik.

sebenarnya Hari ini dah last paper untuk final exam,walaupun dah kira merdeka tapi aku Still takut nak tahu result nanti,hope my pointer for this sem akan meningkat ,i hope lah hehe,  (^_^) saya doakan juga anda semua hapey hapey tau di rumah atau kampong masing masing.

Walauapapun aku nak cakap kat korang semua terutama kawan kawan aku di UTM selamat bercuti ye kawan kawan insyaallah ada jodoh kita jumpa lagi hehe,
Selamat tinggal semua,saya mintak maaf kalau ada salah silap ye jumpa lagi nanti.
0-0 okay..?? :DD

dan terengganu plis wait for me..i'll back okiee..! huhu 
insyaallah..

Thursday, October 13, 2011

tips penjagaan LAPTOP``



Hai kawan – kawan,korang nak tahu sedikit sebanyak tentang  tips penjagaan komputer riba??
Biasanya pada zaman ini dah ramai kan yang ada komputer riba (laptop),jadi tak salah kalau kita ramai-ramai jaga laptop  dengan sebaikmungkin, JOm Bace NI jom.!
1)      Bateri
-kalau korang nak bateri laptop ni tahan dengan lebih lama,elakkan dari menggunakan bateri dan digalakkan menggunakan kuasa terus dari  punca elektrik dengan cara ini laptop akan jadi lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
bateri
 -Jika bateri sudah habis dicas,sila tanggalkan bateri dari laptop dan gunakan kuasa dari adapter.
-Pastikan bateri berada pada tahap yang lemah atau kurang dari 10% sebelum dicas semula (pengalaman : bateri yang selalu dicas tanpa “peringatan lemah” dari pc atau laptop telah menyebabkan bateri rosak dan diboleh dipakai dan bateri yang di letakkan tidak dapat dikesan.( bateri not detected)
-Jika telalu kerap dicas,bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2)      Skrin LCD
-          Lapkan skrin selalu untuk mengelakkan dari dimasuki habuk,
-          Boleh juga letakankan “scrin protection”
-          Boleh Gunakan Skrin saver
-          Bahagian “power management” anda boleh setkan “Turn off monitor in minutes”
-          Elakkan menyentuh skrin dengan tangan atau jari yang kotor dan berminyak kerana  ai akan menyukarkan kerja pembersihan.
-          Dan yang paling penting jangan letakkan jari di skrin kerana ia boleh menyebabkan “dead pixel”


3)      Papan Kekunci
-Anda boleh menggunakan alas atau pelapik “transparent” untuk keyboard anda untuk mengelakkan dari di masuki habuk.
-Untuk papan kekunci bagi PC anda bileh gunakan kertas A4 setiap kali tidak menggunakannya untuk mengelakkan dari papan kekunci dimasuki habuk.
-sesekali lapkan juga papan kekunci ,lap dengan perlahan – lahan supaya butang kekunci tidak rosak.
-Boleh gunakan tetikus atau “Mouse” supaya  kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci.

4)      Haba Panas
-Pastika computer riba anda tidak menutupi ruang unruk mengeluarkan haba.
-Perlu diingat juga computer riba mempunyai ruang simpanan yang sangat kecil.

5)      Surge Protector
-Fungsinya adalah untuk menjaga perisian dan
 perkakasan daripada rosak
-Disyorkan untuk digunakan bagi menjaga perkakasan dalam komputer riba
-Menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (power supply) 

6)      Port
-sentiasa dibersihkan kerana ia mudah dimasuki habuk
-Anda boleh gunakan berus atau berus gigi lama untuk membersihkannya.
-Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

*sedikit sebanyak info tentang penjagaan laptop,selamat mencuba!

Wednesday, October 12, 2011

Kata kata Nasihat-Sekadar Renungan

Assalamualaikum,wbt..
sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat aku melakarkan beberapa coretan yang berbentuk  nasihat ini.
Kawan-kawan sekalian, di dunia ini tiada yang terlebih dan terkurang waktu 
kita,Allah Swt tetap memberikan waktu yang sama iaitu :-

3600 saat per jam
86400 saat per hari
60 minit
24 jam sehari
7hari seminggu
365hari setahun

Kawan kawan,tiada yang lebih tiada yang kurang,semua sama adil dan bijaksana Allah swt berikan kepada kita semua,
Tetapi tidakkah kawan –kawan terfikir kenapa kita satu bangsa,satu bahasa,malah satu saudara pula kadang-kadang ada yang bertelingkah?salah faham?bergaduh sana sini,tak puas hati,hasad dengki.
Kawan-kawan sekalian,


*Jika ada antara kamu yang kaya Itu adalah rezeki yang diberikan oleh Allah swt untuk kamu gunakan sebaik mungkin.
*Jika Ada antara kamu yang miskin itu adalah rezeki yang di berikan oleh Allah swt kepada kamu,supaya sentiasa mensyukuri nikmat dariNya.
*Jika ada antara kamu yang cantik itu adalah anugerah yang diberikan oleh Allah swt Untuk kamu memanfaatkan kecantikkanmu dengan sebaik mungkin mengikut jalan Allah swt.
*Jika ada antara kamu yang tiada paras rupa yang menawan,itu adalah anugerah buat kamu, supaya tidak riak dengan kecantikan.
*Jika ada antara kamu yang mencela antara satu sama lain,ingatlah kerana kita sesungguhnya tidak sempurna.
*Jika ada antara kamu yang selalu menyakiti hati antara yang lain,elakkanlah supaya hidupmu mendapat ketenangan kelak.
*Jika ada antara kamu yang berbangga dengan kemewahan yang dimiliki.Ingatlah juga kerana itu adalah sementara sahaja.
*Jika ada yang selalu suka menyakiti dan membuatmu menangis sabarlah mungkin kerana Allah swt sedang mengujimu.

Kawan-kawan hidup ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita kecapi kebahagiaan.ada kalanya kita di atas bersorak tentang kemenangan,dan ada kalanya kita di bawah,yang menangis dan mengharapkan belas kasihan orang ramai.
Kawan-kawan betullah hidup ini ibarat roda yang berputar,yang sedang mencari arah untuk dituju,sedangkan kita pula sentiasa mengharapkan dan mendambakan kebahagiaan dunia yang sementara sahaja.

-Kawan-kawan memang betul mengumpat ada kalanya boleh membuatkan kita “puas hati”.
-kawan-kawan memang betul menyakiti hati orang yang pernah menyakiti hati kita kadang-kadang memberikan kita satu kejayaan yang hebat sebab kita mampu untuk membalas dendam.
-kawan – kawan betul juga kadangkala kita menjadi marah dan geram tentang 
perangai orang yang suka cakap perkara yang bukan-bukan pasal kita.
-Kita juga mungkin akan marah bila kita selalu dipersalahkan.
-kita juga mungkin terasa jika tiada orang menghiraukan kita.
-kita juga akan kecil hati kalau apa apa program orang tak jemput kita
-Dan adakalanya kita rasa tak diperlukan langsung..


Wahai kawan-kawan sila baca ini..
"adakalanya kita perlu menangis,agar kita tahu hidup ini bukan sekadar KETAWA,
dan adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai airmata..
"Bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dia yang menabahkanmu.
Bersyukur pada orang yang tak mengendahkanmu kerana dia telah memupuk kamu untuk berdikari.Bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dia yang lah memperhebatkan kemampuanmu..bersyukurlah pada yang menyakitimu kerana dia telah menguji Kesabaran dan Ketabahanmu" -dipetik dr info fb-


*waktu yang Allah swt berikan bukanlah angka yang lebih,bukan juga kurang, apa salahnya kita sama-sama gunakan masa yang diberikan sebaik mungkin,janganlah terlalu hidup dalam keadaan yang suka jaga tepi kain orang,buat cerita yang bukan bukan.
"kawan kawan jangan jaga tepi kain orang nanti takut kain kita sendiri terlondeh"

kita bukanlah yang baik,dan sempurna tapi tak salah kalau kita cuba untuk menjadi yang terbaik.
kawan kawan pengalaman saya cukup banyak sekali dalam mengenali hati budi orang,dan kadang-kadang saya rasa saya dipermainkan juga,tapi saya endahkan perasaan itu,sebab.. 


"lebih baik kita tukarkan dari sudut negatif kepada positif".barulah dapat manfaatnya..

tak guna kita gaduh gaduh dengan orang di sekitar kita,sebab kita tak tahu mungkin suatu hari nanti dia yang kita benci akan menjadi orang yang kita sayang..
kawan-kawan gunakanlah pengalaman yang dilalui sebagai pengajaran pada masa akan datang,


"Buang yang Keruh,ambil yang jernih"baru teguh peribadi"
-P.Ramlee.-


sesungguhnya ajal maut,jodoh pertemuan,segalanya di tangan tuhan yang maha esa Allah swt, renung-renungkan..
tiada siapa dicipta dengan sempurna,setiap orang pasti ada melakukan kesilapan,dan kesilapan itulah yang akan mengajar erti sebuah kehidupan dan kematangan.
InsyaALLAH..(^_^)

Monday, October 10, 2011

1st time..!

*tajuk ini adalah rekaan semata mata haha *

huhu..yeahhh!!!..inilah kehidupan di kampus!!..amat memenatkan!..pergi kelas..then balik..rutin harianku,nama pun belajar kan memangla camtu hehe:).selepas minggu TRANSFORMASI tamat..dan kelas pun bermula..xlain dan xbukan..itulah kerja aku..hahahahahaa..ummm..tapi alhamdulillah..dengan izin dan rahmat ALLAH swt. aku akn terus belajar..w/pun kadang2 kepala otak aku ni mcm dh nak'senget' haha..tp aku harap aku dpt score walaupun tak bergelar dekan tiap tiap sem. macam orang lain aku akan cuba juga insyaallah.dengan izin dan redha allah serta pensyarah2 aku..INSYAALLAH..AMIN..


**hari2 yang berlalu bukanlah sesuatu yang indah..
kadang2 apa yang kita inginkan xselalu kita dapat..
dan apa yg telah kita genggam xsemestinya ianya akan berkekalan.
lumrah hidup..ada yang manis..ada yang pahit
begitula dgn aku..xdapat ape yg kita nak..
kadang2 kita selalu je nk salahkan takdir..krn kita xdpt apa yang kita impikan..
tapi sebenarnya..tafsiran,anggapan kita salah..**

(^_^)

MYLOVELY SWEETHEART..

Belajar dalam gelap bersama-sama torchlight.!


Final oh final..demimu ku harungi jua..ecece haha..
Hahaha malam ni aku belajar pakai lampu suluh..syok gtu hohoho,,
Itulah pengajarannya lain kali sebelum final study betul betul jangan nak main main okay..!hihihi walaupun dalam gelap Alhamdulillah,allah swt tetap bagi izin untuk aku dan junior aku si wahidah ni sambung study dalam cahaya lampu..huhu ..terima kasih allah..
Hey korunk jangan lupa doakan aku ya..insyaallah saya doakan kamu semua juga.

this is gambar budak budak hoho..not mine okay.!


Kehidupan di Asrama..!


Korunk best tak belajar kat asrama?aku tak pernah la nak duk kat asrama ni,time time dulu kt sekolah pun xdenyer nak duk asrama maklumlah umah sebelah aje.tak perlu nak susahkan diri duk dalam suasana yg bising ..maklumlah aku ni jenis yg tak berapa nak suke bisingbising ..
Hihi..okay.bukan pasal tu yang aku nak storystory kat korunk ..aku nak share skit pngalaman aku ni tem blajar kt hostel..dan ini adalah cara untuk mngatasi masalah yg akan atau telah dilalui hohoho..supaya tak diulangi lagi. Hehe
(@_@)




1)      Sebelum tidur jangan lupa basuh kaki.
2)      Pandai pandailah baca buku sebelum exam.
3)      Kebersihan tu jaga,sebab itu pun separuh daripada iman.
4)      Jaga barang berharga dengan baik baik
5)      Sudahlah tu nak kutuk mengutuk,mengumpat ngumpat pasal “life” orang ni.
6)      Cubalah belajar berdikari.supaya mudah menyesuaikan diri.
7)      Hormat pada yang tua(senior) dan fahami yang muda (junior)
8)      Rajin rajin jaga solat juga.
9)      Pakaian,kuku,katil,meja,buku,pinggan mangkuk,susun dan kemas-kemas mana yang tak berapa nak kemas tu.
10)  Plis yang ni pun penting,kawan sebilik kene pandai cari
11)  Jangan pkai seksi seksi sangat.

*part kuku tu tolong ambik perhatian,sebab skrg ni ramai aku tgk org bodoh yang sayang bebenor kat kuku yang ada syaitan tu.tolong eh kawan-kawan syg plis.kuku kene  bersih bersih tau..supaya kita sihat sihat selalu..takpayah la nak ikut budaya barat ni simpan kuku pnjang2 tak lawa pun okay..!

Okay korunk, yang 1. Tu aku  nak story kat korunk bahawasanya sebelum tidur tu jgnla lupa nak basuh kaki eh.dan berdoa mudah mudahan tidur kita ni dilindungi oleh Allah swt,Teringat juga tem aku kt asrama ,2 kali jugak tak silap aku kne kacau hehehe..

Yang kedua,oleh kerana bebudak ni kan.makin lmbt exam.makin lmbt dia study.tu tak lain dan tak bukan aku la tu hoho..hari ini aku terpaksa study  guna “torchlight” almaklumlah final dah nak dekat tambah-tambah dengan “blackout”selama 4 jam dr pkul 6.30-9.30 baru ada huhu..so moralnya baik study hari hari biar selalu fresh je otak hihi.

Yang ke3 pula.ni pasal kebersihan ni selalu aku duk bisingbising.bukan pasal aku ni terlalu bersih.Cuma anakanak dara sekarang ni part2 ni dia malas nak endah,ntahla aku pun tak faham.dgn pinggan yang tak basuh,bekas yang tinggal merata,tuala pun tak reti nak jaga elokelok.bygkan.”couple pndai.tapi bab bab ni ..??errkk.. imsorry lah ye,!


Yang ke4 pula,barangbarang jyang mahal yang berharga mcm handphone,laptop,jamtangan malah dompet sekali pun letak la elok dan baik baik.sebb sepnjang aku duk blajar sini macammacam aku dengar cte pasal 
bnda hilang ni.laptop lah,duit lah.so jaga barangbarang dengan baik baik ye kawankawan.

Yang ke5 Aku ni bukan jenis yang suka sgt buat buat gossip tak tentu arah ni..Cuma jadi geram bila roommate aku pun ade cite belakang pasal aku kt “org” tuh..tapi biler pasal “org” tu boleh pulak dia gossip ngan aku..errkk..talam dua muka ke apa??aku ni 50%-50% je percaya kt org.hey babe.!xde sapa “perfect”ookay.!jangan ingt awak tu baik sgt.buatbuat baik buat apa??hahaha..

Yang ke6 plak pasal berdiri atas kaki sendiri,hohoho Alhamdulillah,semenjak kaki aku ni Berjaya menjejaki masuk Universiti sedikit demi sedikit aku belajar untuk berdiri.duludulu kawan aku selalu ingt aku ni penakut,sbb kononnya aku ni takut nak balik uma naik bas sorg sorg,(dulu aku asasi kt sebuah kolej “private”) tapi tak lama,then aku dapat  U kt KL ni,terpksa la kne belajar,so sorry to myfriend u silap org beb.!tak payahla nak cakp sgt kt aku ni bukanbukan.tgk diri sendiri dulalah.!*sbb dia ingt aku nak bergantung sgt dgn dia kot.

Yang ke 7 pulak plislah kita ni semua hamba Allah swt,tak payah nak berlagak sgt,kalau korunk pandai tak salah tapi tolong jaga adab,jangan sampai org ckp,belajar je tinggi tinggi tapi otak tak boleh nak pakai.mana mana makcik yg mnjadi “cleaner” pun kita kne la hormat.akak akak senior tu pun,jgn nak kurang ajar pulak.ni kt “facebook”pun tak add.tiba tiba dating nak mintak buku dgn kita..*errkk tak malu eh??tak salah kalu taknak tegur pun at least senyum ke..jgnlah jelingjeling kan tiba tiba mata tuh jadi juling tak ke susah?

Huhu..yang ke8 solat tiang agama,kalo tak solat tu mknanya tak ada agama.aku ni tak alim tapi nak ingtkan juga buat kawan kawan solat kita kene jaga,insyaALLAH rezeki melimpah ruah,kadang 2 aku pun mengaku solat subuh pun tak cukup sngt,tapi x salah kalu kita gnti bile masa free.jangan depan “boyfriend” cakap dah solat sedangkan telekung sembahyang pun dalam “loker”tak bersentuh.apa beza ko uzur(period) kalau boleh solat pun tak solat,tak boleh solat pun tak solat?

Yang ke 9 pula.aku ni bkn lah rajin sgt tapi Cuma tak suka tgk barangbrang tak kmas dgn elok elok..hey korunk.antara korunk mesti ada yang terlampau rajin tapi ade juga yang terlalu malas. Kalau korunk duk asrama dan bilik sorangsorang itu xpe tak jadi masalah.tapi bilik kongsi dengan kawan pulak.so pndai pndailah kene jaga kebersihan.kuku,pakaian kita,xsalah pun malah mndapat pahala kalu kita jaga kebersihan tau..

Yang ke 10.kawan sebilik kita kne pndai cari tau..jagang cari yang suka mengumpat sgt..kan tibatiba dia mengumpat kat korunk macam aku ni ha..dah berapa kali.sbb jeleskan aku je kot,lagi satu kawan kene pndai cari,bukan untuk hapeyhapey je tahu..macam aku dulu pernah kot deman dari pukul 3 sampai lewat mlm.,aku duk terlantar kat simen tu,xdenyer nak kejutkan aku.malah ditinggalkan aku dgn baju kuruung sekali.tu nama tak sedar diri,tem mulamula aku yang bawak n pelawa dia masuk kolej ingtkan boleh mmbntu tem susah tapi harammmmm..~~ tapi xpe kisah lalu tu aku jadikan pengajaran,aku tak balas balik,Cuma aku serahkan pada yang esa

Okie dan yang last adalah yg ke 11 seksi seksi tu semua perempuan suka eh eh tak biasanya bnyak je pompuan suka.kalo aku pun suke je pkai suar pndek tapi tu tem kt dlm bilik lah okay..! Cuma tem tu aku pernah Nampak la pelajar ni mungkin dengan perasaan dia tak tahu malu bleh je pakai bju tidur dahlah duk atas kerusi pi selak lagi sampai Nampak peha,yela dosa korunk korunk yang tanggung,aku tak kisah Cuma kitakan dah besar pnjang,walaupun perempuan aurat pun ada hadnya..

ni adalah gambar yang aku ambil kat google
**so,aku ceritacerita ni bukan lah untuk mengutuk nak kata kat sape sape Cuma ni adalah pengajaran dan pengalaman aku,tak salah aku kongsi kan untuk korunk ramai ramai renung renungkan.mana yang baik semua datang daripada Allah.swt. mana yang buruk dan keji adalah dr aku sendiri..walwahualam.**

Monday, October 03, 2011

Bila perAKAUNan cuba MEMBUNUH !

Assalamuailaikum,buat sahabatsahabat sekalian,hari ni aku da start FINAL Exam AT UTM lahhh :d setelah sekian lama menelaah mata pelajaran kegemaran aku ni *he.he.he mami dianah a.k.a Izzatul Dianah Bukhari tiaptiap sem akan ajar kitaorg satu kelas sebab dia ada basic jadi boleh dikatakan baguslah dia ni hoho cuma aku tak dapat join sgt sbb masalah selsema,sebab aku takut jgkit kt org kesian pulak kawankawan aku yang nak ambil exam nnti kang!! hehe 
okeeyy hari demi hari  tuptup hari exam pun mulalah menampakkan dirinya dan menjadikan aku terasa macam nak matttiiii..bukan sebab tak study..but masa kat dewan untuk jawab paper tak berapa nak cukup .masa diberi hanya 2.30 minit.dan soalan ada 5. Tak termasuk lagi pecahpecahan soalan kat bawah tu.
Boleh dikatakan juga hari agak kelam kabut.aku dan roommate semua bangun lamabat,sekitar jam 8.15 pagi.maakkk oii matilah dahlah exam pukul 9 pgi..bukan tak tido smlm.Cuma takboleh tido disebabkan keadaan hidung aku yang selsema jadi tak berapa nak selesa lah hohoho.. 
Okie da start menulis Alhamdulillah lah xde masalah,alhamduliilah semua okie,aku bersyukur sgt2 hri ni hidung aku ni tak buat hal mcm smlm.cume ada juga lah masalah2 aku untuk pikir item2 apa yang nak dimasukkan dalam akaun ni.*terconfius skit kot hoho
But aku tulis tulis lah dengan penuh syok walaupun ada jugak aku rasa jawapan aku tu mcm tak betul tapi aku taknak bazirkan masa.mana yanga ku ingt aku tulis.
Syok punya syok tuptup masa pun dah hmpir tamat,aku  baju je tengah tulis.
“perbezaan antara akaun semasa dan modal adalah.....”

akaun pun kene present juga tau..!


**MASA TELAH TAMAT,SILA BERHENTI MENULIS SEKARANG**

Time tuh ounya lah terkejut aku yela mne taknyer dewan tu diam je sume then tibatiba lecturer aku ckp msa dah hbis..tak sempat nak menulis akaun Realization. Harapharap Manufacturing DisposaL DAN Departmental okie la..aku pun tak berapa pasti insyaallah kalau ada rezeki amin..mudahmudahan lah hehe aku tawakal dan berserah kat Allah swt.
So,apa yang penting aku nak ckp kat korang timetime nak menduduki jagalah kesihatan yang terutama sebab walaupun kita boleh buat dan pandai tapi tak sihat kita akan jadi tak selesa. Tapi kalau kita sihat insyaallah kita boleh berfikir lagi dengan cergas hehe walwahualam ...
1st paper aku akaun.?? Ohhh no.!         hahaha 

Followers