5 Trend Jahiliyah Perempuan Melayu
Masa Kini | Semua orang nak berfesyen dan
mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar
menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden.Tetapi
kebanyakkan wanita yang dapat dilihat, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada
terdedah, kaki terdedah. Camna tu? Sedihnya ramai gadis Melayu
“dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku
selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya
pada diri sendiri, “kenapa?”. Mari kita kenali dulu 5 trend atau sikap
wanita yang terpesong dalam zaman moden ni.
(Nota: INILAH REALITI
KEBANYAKKAN WANITA WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)
1.
Pakaian Ketat, Sendat dan Terlalu SeksiBaju kurung dan kebaya yang dipakai
sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan
bangganya mendedahkan lurah dendam “neraka” depan dan belakang.
Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan
lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila
membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan
berparut! Ewwww…simpan la barang-barang privasi korang tu, takyah
tunjuk-tunjuk.
2. Tudung
Nampak Bayang Rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak
faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut
yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor
rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung. Dan macam-macam lagi kalau
aku bagi contoh. Nak tau lebih lanjut, baca ni: 8 Jenis Fesyen Tudung
Pelik Malaysia dan 11 Fesyen Kontroversi Gaya Tudung Wanita Malaysia.
Memang ada pelbagai fesyen tudung wanita yang tidak tahu aku nak ulas camna.
3.
Pertuturan Lancang dan Ketawa Mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila
melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara.
Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak
pontianak. Kadang-kadang kalau restoran tu, suaranya mengalahkan suara
TV yang dipasang. Kadang-kadang tu time gelak tu terkeluar benda yang
tengah dimakan, tempias sana sini. Ish ish ish wanita jenis apa la ni.4.
Bertepuk Tampar Dengan LelakiPersahabatan antara lelaki dan
perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah
ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti
kawan sejenis, apa yang hendak dikata? Lelaki pun satu hal gak, membenarkan
dirinya ditepuk dan ditampar oleh wanita. Bukan sedap pun. Sakit wooooo.
5.
Bercumbu dan Memadu Kasih Tanpa Segan
Bercumbu dan memadu kasih tanpa segan
ini adalah antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah
kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga
bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan
silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti
aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.
Astagfirullah. Malu tu kan mahkota seorang wanita.KesimpulanMungkin ada yang kurang bersetuju
dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan
gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan dan isteri. Cuma
rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila
Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya
jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah,
janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah
diri sendiri. Aku minta maaf kalau ada yang terasa. Pahit untuk aku
katakan, tapi pahit itu lah ubat. Untuk lelaki yang membaca ni,
ingatlah, korang nanti akan ditarik oleh golongan wanita ke neraka jika
bersikap dayus. Baca ni: Empat Golong Lelaki yang Dibawa Wanita Ke
Neraka. Share tulisan entri ni dengan orang yang korang sayang. Semoga
bermanfaat untuk semua. Wallahualam.
*DIPETIK dari info mukabuku :)