Friday, April 08, 2011

Faktor-faktor Penagihan Dadah Di Malaysia


Kemiskinan merupakan suatu penyakit masyarakat. Faktor kemiskinan yang sering menghimpit menjadi punca seseorang itu terdesak dan memilih untuk terjun ke kancah permasalahan sosial. Keadaan hidup yang diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang boleh menyebabkan seseorang itu mudah menjadi gelap mata untuk bertindak diluar batasan undang-undang dan etika sosial. Mereka sanggup mencuri, menipu, memperkosa dan pelbagai angkara dek keinginan memenuhi nafsu yang meluap-luap. Sementera itu, anak remaja yang berasal daripada keluarga yang daif akan berasa bosan hidup dibaluti kemiskinandan mula memilih jalan yang salah. Akhirnya dalam percaturan fikiranyang singkat dan nanar mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai anasir yang tidak sihat seperti melepak,berfoya-foya, menagih dadah dan mencuri.Walau bagaimanapun , amatlah tidak adil kita mengasosiasikankemiskinan sebagai faktor utamaberlaku kebejatan sosial.


Goyahan dalam institusi keluarga turut menjadi penyumbang utama menularnya gejala ini.Arus modenisasi dan materialistiktelah mengheret sekelompok besarinstitusi rumah tangga menjadi goyah dan pincang.Hidup ala nafsi-nafsi siapa lu gua telah menjadisebahagian budaya songsang masyarakat bandar. Keghairahan mengejar wang ringgit, pangkat dan martabat menjadi kiblat manusia moden. Akhirnya anak-anak terbiar dalam kedahagaan kasih sayang baklaut yang tidak bertepi. Demi mengubatikehibaan dan kehausaan kasih sayanganak-anak hanya ditemani oleh kad-kad visa dan kad kredit yang menjadi lambang status masyarakat elit.Akhirnya dengankuasa wang anak-anak hidup lepas bebas melepasi batasan moral, akhlak dan agama. Justeru,berkembanglah konflik sosialyang tiada noktahnya.


ketandusan agama dan iman yang setebal kulit bawang boleh mencetuskanseseorang itu tergamak melakukan angkara yang boleh mencemar maruah dan harga diri serta keluarga.Dengan kedangkalan ilmu agama seseorang itu gagal untuk membezakan antara fardu dan rukun atauharam dan halal. Oleh itu, setiap tindakan hanyalah berlandaskan pertimbangan akal yang dangkal dan hanya bertindak secara membujur lalu melintang patah. Iman merupakan kompas kehidupan yang bertunjangkan amal.Sesungguhnya seseorang yang tidak teguh imannya akan mudah terpengaruh oleh runtuhan nafsu syahwaniah ajakan syaitan daripada memilih landasan tak wayang ditentukan oleh tuhan.


Media massa yang turut “bias” kepada peradaban masyarakat Barat turut menggali jurang sosial untuk menjerumuskan remaja.Media seperti televisyen adalah wahana penting hari ini dengan begitu tega menayangkan adegan-adegan yang tidak sihat yang berunsurkan “3S” iaitu seks, sadis dan seram.Pengaruh negatif melalui media massa amatlah destruktif kepada pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda. Kanak-kanak yang sentiasa dihidangi aksi ganas dan onarakan cepat belajar dan membesar dalam pengaruh yang serba negatif. Akhirnya generasi ini akan terus membesar dalam lingkungan kebejatan sosialdan menjadi golongan yang liar,anarkis, perosak dantidak produktif.Pendidikan menjaringmasa seumur hidup bagi setiap insan.




Pendidikan yang berasaskan unsur-unsur material tanpa menitikberatkan aspek pembentukan jati diri dan sahsiah akan melahirkan generasi yang barbar dan pagan. Generasi seperti inilah yang sanggup mencemarkan imej diri, keluarga bangsa dan negara dengan melibatkan diri dalam gejala negatif seperti jenayah kolar putih, rasuah dan salah guna kuasa. Sistem pendidikan yang gagal mengimbangi antara tuntutan jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara akan membentuk individu yang bermaklumat tetapi buta akan sistem nilai, etika dan agama. Musibahnya, akan berkembanglah bermacam-macam angkara jenayah seperi pecah amanah dan menjual maruah negara.


Pelaksanaan undang-undang yang tidak tegas turut menyumbang kepada membiaknya masalah sosial.Penguatkuasaan yang dilaksanakan secara tidak komprehensif gagal memberikan rasa takut dan hormat kepada setiap pesalah. Malang sekali apabila terdapat segelintir pengamal undang-undang yang sepatutnya menjadi pelindung undang-unang juga turut bersifat luwes dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Hal-hal seperti ini akan mencetuskan gejala jenayah dan gejala moral seperti rasuah, tidak menghormati undang-undang dan peraturan, pergaulan bebas dan berbagai-bagai tingkah laku yang mencemari peradaban dan tatasusila.Sesungguhnya masalah sosial telah dikenal pasti berleluasa bukanlah hanya berpunca daripada faktor kemiskinan sahaja, malahan terdapat bermacam-macam faktor yang turut menyumbang.Oleh itu dalam menyelesaikan kemelut ini , kita janganlah menuding jari kea rah pihak lain tetapi sebaliknya kita perlu bermusyawarah untuk mencari jalan penyelesaiannya.Ingatlah masalah kebejatan sosial tetap melibatkan segenap lapisan masyarakat. Masalah ini sentiasa menagih komitmen dan keiltizaman semua pihak sebagai satus inergi untuk menanganinya dengan lebih berkesan.



Dipetik dr.(http://www.scribd.com). (*_*)
actually ini adalah hasil mypaperwork.

No comments:

Post a Comment

Followers