Friday, November 11, 2011

Bila Cinta Semakin Pudar

Apa yang kita rasa bila cinta kita terhadap seseorang itu semakin pudar?atau hanya tinggal sisa yang bakal kita hapuskan.Cinta tanpa restu tidak kemana,tetapi cinta yang suci membawa ke syurga.Cinta yang  lahir dari diri kita adalah cinta yang sejati.Cinta terhadap insan memberi  kita kebahagiaan.Tetapi cinta kita pada yang esa pastinya mampu membahagiakan dan memberi  kita kenikmatan dalam kehidupan.Hadirnya sebuah perhubungan,maka lahirlah sebuah cinta dan cinta itulah yang perlu disemai dan dibaja agar cinta yang dipupuk benar-benar menjadi sebuah cinta yang kekal selamanya.Cinta bukanlah untuk sementara.Cinta adalah  untuk  selamanya.Sememangnya kita insan yang dilahirkan tidak sempurna.kita tidak mampu memberikan pasangan kita apa yang terbaik dalam hidup kita.Tetapi kita jugalah yang bakal melengkapi kehidupan pasangan melalui perhubungan yang sejahtera.
Bila Cinta Semakin Pudar.
Apa yang perlu kita lakukan.
1)      Anda sebagai pasangan mahupun lelaki ataupun perempuan bolehlah bersama-sama untuk mengekalkan hubungan sebagai pasangan yang bahagia.Dengan cara mengingati kisah-kisah lama,saat romantis bersama pasangan.
2)      Cubalah memahami hati dan perasaan pasangan.Mungkin si dia berada dalam keadaan tertekan.
3)      Anda juga boleh membuat perubahan pada diri.Mungkin juga pasangan anda sudah bosan dengan gaya atau penampilan anda.Cuba membuat perubahan mungkin dulunya anda tidak bertudung tetapi berubah gaya dengan memakai tudung.
4)      Elakkan sifat seperti suka berbohong dan ego.Sebab adakala biasanya orang tidak suka dengan sifat kita yang demikian.Perbaikilah sifat agar menjadi insan yang lebih baik.ingat bila kita menipu sekali mungkin orang boleh terima lagi.Tetapi bila dah masuk dua atau tiga kali.jangan harap pasangan andan boleh menerimanya lagi.Renung-renungkan.
5)      Janganlah terlalu mengongkong si dia.Berikan kebebasan padanya.Ini bukan bermaksud anda tidak sayang padanya tetapi cara ini anda mampu menguatkan rasa kasih dan sayang terhadapnya,Bukan juga memberi waktu untuk si dia berlaku curang.Tetapi supaya anda mampu menunjukkan rasa faham anda untuk si dia.
6)      Jangan terlalu kerap berjumpa.Biasanya remaja zaman sekarang suka untuk keluar dating untuk berjumpa pasangan.Jika perkara ini kerap dilakukan maka akan timbul rasa puas dalam hati pasangan kerana terlalu berjumpa.Apa kata anda elakkan berjumpa pasangan.Kalau boleh jumpalah seminggu sekali atau Dua kali sebulan.Dengan cara ini pun anda mampu untuk mengelakkan maksiat dan tohmahan dari orang ramai.
7)      Janganlah bersifat seperti KEDEKUT.kebiasaannya pasangan zaman sekarang ini.Bercinta mahu sahaja tetapi malas untuk belajar dan berkerja.Bila malas dan belajar makan jaminan kerja pun sukar nak dapat.Bila sukar nak dapat jadi duit yang ada dimanfaatkan sepenuhnya.”orang nak bercouple,kita pun nak” tapi bila duit dah cukup-cukup makan nak belanja girlfriend dan boyfriend pun cukup-cukup sahaja.Dan bila dan layan cukup-cukup makan je.Dapatlah label sebagai seorang yang kedekut.Anda pula mestilah faham kewangan pasangan sama ada stabil atau pun tidak.Janganlah terlalu memaksa.Ingat.! Duit bukan segala-galanya.Tetapi segala-galanya memerlukan Duit.!
*
**okay guys..thats all ,so you pandaipandailah fikir ya..-renungan bersama :)

No comments:

Post a Comment

Followers